awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung rumah rosak akibat pokok tumbang, hujan lebat di ibu kota

Bernama
Bernama
01/06/2024
22:25 MYT
Bumbung rumah rosak akibat pokok tumbang, hujan lebat di ibu kota
Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan kerja-kerja pembersihan selepas sebatang pokok tumbang yang menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya berhampiran Bulatan Pahang semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas ditimpa pokok tumbang susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan semalam memaklumkan kejadian yang berlaku di Jalan 2/48A Bandar Baru Sentul itu tidak melibatkan mangsa.
Menurut kenyataan itu kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Kiara 1, Mont Kiara yang menghalang lalu lintas namun tidak melibatkan mangsa dan kenderaan.
Terdahulu Bernama melaporkan terdapat pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang di sini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bumbung rumah rosak
#Bandar Baru Sentul
#Pokok tumbang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan