BUNGA telang atau butterfly-pea (Clitoria ternatea) sangat sinonim penggunaannya sebagai pewarna makanan khususnya hidangan nasi kerabu yang begitu popular di negeri pantai timur.
Justeru, berinspirasikan sumber alam yang boleh dipelbagaikan itu mencetuskan idea buat Khalilah Mohamad, 37, untuk menggunakannya dalam proses pembuatan kek yang diberi nama Nyonya Tai Tai di kedainya, dekat sini.
Kek yang dilapisi kaya gula melaka dan kelapa parut di dalamnya selain kelopak bunga telang segar diletakkan di atas kek itu ternyata memberi kepuasan kepada penggemar pencuci mulut itu.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata idea menghasilkan kek itu adalah daripada kuih tradisional masyarakat Cina Peranakan Melaka iaitu Pulut Tai Tai.
“Pulut Tai Tai di Melaka itu biasanya dicicah dengan seri kaya, sangat unik, jadi kami variasikan untuk dijadikan kek, yang turut dilapiskan dengan seri kaya.
“Biasa kalau kita tengok, bunga telang orang guna untuk buat nasi kerabu. Jadi, saya terfikir kenapa tidak saya pelbagaikannya dan gunakan dalam kek selain dapat warnanya yang menarik, ia juga banyak khasiat,” katanya kepada Bernama, di sini, pada Ahad.
Ibu kepada seorang anak lelaki itu berkata berikutan kesukaran mendapatkan stok bunga telang dalam kuantiti yang banyak, dia membuat pembelian bunga telang kering secara dalam talian setiap bulan.
Jelasnya, bunga telang kering itu akan direbus terlebih dahulu bagi mendapatkan jus yang kemudian akan dicampurkan dengan santan dan kelapa kering manakala kelopak bunga segar digunakan sebagai hiasan.
“Bunga telang yang segar itu saya peroleh daripada adik yang ada tanam pokok itu tetapi tidak banyak, sebab itu kena beli daripada orang lain.
"Saya tidak guna sebarang pewarna tiruan dalam kek, semua daripada pewarna bunga telang ini selain hanya menggunakan bahan premium untuk menghasilkannya,” katanya.
Khalilah berkata dia memerlukan sekurang-kurangnya 250 gram atau kira-kira 20 kuntum bunga telang bagi menghasilkan sebiji kek yang dijual pada harga RM13 sepotong manakala kek cawan pula pada harga RM6.50 setiap satu.
Mengulas lanjut, Khalilah berkata kek bunga telang itu mula dihasilkan pada tahun 2016 namun sudah menjalankan perniagaan menjual kek secara dalam talian sejak 10 tahun lepas sebelum berjaya membuka kedai kek, Kly Cakes sendiri pada awal bulan ini.
Menurut beliau kek bunga telang adalah antara yang mendapat permintaan tinggi di kedai keknya malah turut mempunyai peminat tersendiri yang sukakan kelainan rasa pada kek itu.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata selain kek Nyonya Tai Tai, terdapat lebih 20 variasi kek di kedainya termasuklah kek oren pistachio, burntcheesecake dan double ferrero chocolate cake.
Mengenai perancangan masa depannya, wanita lulusan Jurusan Pendidikan (Komputer Industri) dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM itu berkata dia berhasrat membuka lebih banyak cawangan kedai kek seluruh negara.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, Selangor Prof Madya Dr Norazmir Md Nor berkata bunga telang bukan sahaja digunakan sebagai pewarna dalam makanan, malah turut mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.
“Ini termasuklah sebagai bahan mengurangkan sakit kepala, melegakan sistem penghadaman dan pembuka selera makan selain mengubati insomnia dan stres, ini kerana kandungan antimurung yang ada padanya memberikan rasa tenang dan mampu meredakan tekanan,” katanya.
Tumbuhan itu biasanya mempunyai warna sama ada putih, biru atau ungu dan dikenali dengan nama bunga biru, bunga telang, kacang telang, kelang dan kembang telang dalam kalangan masyarakat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Khalilah berkata dia memerlukan sekurang-kurangnya 250 gram atau kira-kira 20 kuntum bunga telang bagi menghasilkan sebiji kek. -Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bunga telang bukan sekadar pewarna semula jadi, inovasi pembuatan kek
Berinspirasikan sumber alam yang boleh dipelbagaikan itu mencetuskan idea buat Khalilah Mohamad, 37, untuk menggunakannya dalam proses pembuatan kek yang diberi nama Nyonya Tai Tai.