KOTA BHARU: Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh seorang wanita, sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Mat dalam keputusan sebulat suara hari ini, membenarkan permohonan semakan Norhalis Mohamad Zaid, 38, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 2(4) dan 3(1) Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hakim Tengku Maimun mengetepikan hukuman mati terhadap lelaki itu yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Temerloh pada 2 Okt 2018 dan digantikan dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap 21 Julai 2015.
Norhalis telah berada dipenjara selama sembilan tahun sementara menunggu hukuman mati dihadapinya itu.
Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.
Pada 2 Okt 2018, Norhalis dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Noor Salwana Wahab, 28, seorang jurutol, di sekitar hotel di Seri Kembangan antara 6.30 petang, 17 Julai 2015 dan 2 pagi, 18 Julai tahun sama.
Rayuan Norhalis terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh itu ditolak Mahkamah Rayuan pada 10 Okt 2019, sebelum Mahkamah Persekutuan menolak dan mengekalkan sabitan pada 16 Dis 2020.
Terdahulu, peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab yang mewakili Norhalis memohon agar hukuman terhadap anak guamnya dikurangkan kepada hukuman penjara dan mengenakan rotan yang munasabah, atas alasan Norhalis merupakan seorang anak yang taat dan membantu ayahnya di kebun.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati itu, kerana perbuatan yang dilakukan lelaki berkenaan dianggap terlalu kejam.
Pada 18 Julai 2015, media melaporkan penemuan mayat wanita berbalut dengan kain tebal di dalam sebuah kereta selepas kereta yang dipandu teman lelaki wanita itu terbabas di Lebuhraya Pantai Timur, dipercayai akibat mengantuk.
Mangsa yang bekerja sebagai jurutol dan tidak bercuti raya ditemukan di tempat duduk hadapan dengan kecederaan di bahagian leher, sementara pemandu kereta patah tulang rusuk.
Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Jengka, Pahang dan keraguan timbul ekoran tiada kecederaan luaran pada tubuh mangsa selain keadaan mukanya seperti lemas, sebelum pihak forensik mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan di leher.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Norhalis telah berada dipenjara selama sembilan tahun sementara menunggu hukuman mati dihadapinya itu. - Gambar hiasan
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.