awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah

Bernama
Bernama
15/01/2016
14:16 MYT
Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah
Lori berkenaan melanggar van tanpa pemandu yang diletakkan di bahu jalan, dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Perdana pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Seorang buruh binaan warga Indonesia ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes dua pelajar maut dirempuh van yang dilanggar lori tanpa pemandu di hadapan sebuah sekolah di sini semalam.
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 39 tahun itu.
Lelaki berkenaan tiba di mahkamah kira-kira 11.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari semalam, lori tanpa pemandu itu menggelongsor menuruni bukit selepas lima minit diletakkan di kawasan itu setelah pemandunya dikatakan meninggalkan lori berkenaan untuk makan tengah hari di kawasan berdekatan.
Lori berkenaan melanggar van tanpa pemandu yang diletakkan di bahu jalan, dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Perdana dekat sini, mengakibatkan dua pelajar maut dan seorang penjaja cedera.
Dua pelajar yang maut dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, kedua-duanya berumur 13 tahun.
Topic Berkaitan
#Kajang
#langgar
#Lori
#reman
#Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan