NATIONAL
Buruh mengaku bersalah cederakan isteri di Bachok

Azwanazri Mat Riffin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada bahagian dahi dan hidung isterinya yang berusia 33 tahun. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya sehingga mengalami kecederaan parah, minggu lepas.
Ringkasan AI
- Azwanazri Mat Riffin, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya sehingga mengalami kecederaan parah pada 15 Mei di Kampung Teluk Kemunting, Bachok.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 325 dan 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, serta kemungkinan hukuman dua kali ganda jika sabit kesalahan.
- Mahkamah memerintahkan Azwanazri ditahan reman sehingga 23 Jun, tanpa tawaran jaminan kerana pengakuan bersalah dan ketiadaan peguam.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh yang tidak diwakili peguam telah mengaku bersalah.
Hakim Zulkifli Abdullah memerintahkan Azwanazri ditahan reman sehingga tarikh sebutan semula kes pada 23 Jun ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami