awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri

Bernama
Bernama
27/02/2025
11:26 MYT
Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan untuk lelaki itu tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tirinya, pertengahan bulan ini.
Zainuddin Mohd Noordin, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, Zainuddin didakwa menyebabkan kecederaan terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun itu pada 4 petang 15 Feb, dengan menggunakan sebatang kayu di sebuah kedai gunting di Kampung Bukit Kechik, Gunong, Bachok dekat sini.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan untuk lelaki itu tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli dan Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes dera
#kes mahkamah
#anak tiri
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan