Hari ini, masuk hari ke-30 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tinggal seminggu lagi sebelum ia dijadual berakhir pada 9 Jun ini.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB bermula 4 hingga 12 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka secara terkawal dan berhati-hati. Ia kemudian dilanjutkan hingga 9 Jun.
Sama ada PKPB akan dilanjutkan lagi atau tidak masih menjadi tanda tanya, namun strategi kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19 dilihat telah banyak membuahkan kejayaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kes harian jangkitan tempatan menunjukkan trend penurunan sejajar dengan unjuran kementerian itu.
Ia menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan saranan yang diberikan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, menurut Dr Noor Hisham, Malaysia kini berdepan dengan cabaran baharu iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara yang menuntut usaha semua pihak untuk menanganinya.
Peningkatan kes itu dapat dilihat secara ketara mulai 29 April lepas disebabkan oleh kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, penularan kes dalam kalangan bukan warganegara di beberapa depot tahanan Imigresen dan juga dalam kalangan pekerja bukan warganegara pelbagai sektor dalam komuniti.
"Golongan bukan warganegara tidak harus disisih dan tidak harus distigmakan oleh rakyat Malaysia. Malahan, kita perlu membantu mereka untuk mengurangkan penularan COVID-19 di negara kita," tegasnya.
Dalam pada itu, kerajaan sudah pastinya akan mengambil kira pelbagai sudut sebelum menamatkan PKPB dan sehingga itu rakyat perlu terus berwaspada supaya tidak dijangkiti virus berbahaya itu.
Sehingga semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 7,857 kes positif COVID-19 dengan 115 kes kematian.
Menurut portal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih enam juta kes positif COVID-19 dengan lebih 370,000 kematian dilaporkan di seluruh dunia, setakat 1 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020
Kerajaan sudah pastinya akan mengambil kira pelbagai sudut sebelum menamatkan PKPB dan sehingga itu rakyat perlu terus berwaspada supaya tidak dijangkiti virus berbahaya itu. - Astro AWANI
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.