KUALA LUMPUR: Cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan adalah menguruskan perbezaan antara parti berlainan dan menyatupadukan seluruh tenaga ke arah matlamat yang sama, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Beliau berkata pemimpin utama DAP dan anggota Jemaah Menteri parti itu menyedari hakikat tersebut.
"Percanggahan pendapat dalam isu tertentu akan timbul dari semasa ke semasa. Ini merupakan lumrah dalam dunia politik dan sistem demokrasi. Kita perlu bertenang dalam menguruskan sebarang keadaan dan sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan.
"Semua dasar kerajaan dan keputusan penting hanya boleh diputuskan melalui perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri dan konsensus dicapai oleh semua parti yang membentuk kerajaan pada hari ini. Tidak ada parti yang boleh mendominasi parti yang lain dalam apa jua keputusan," katanya dalam mesej Tahun Baharu 2024 di laman Facebook semalam.
Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama di samping mengulangi pendirian dan fokus Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu 2024 is all about economy! economy! economy.
Justeru, beliau bertekad untuk terus memainkan peranan konstruktif memperkukuh kerjasama dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan serta menyumbang tenaga dalam penyampaian prestasi kerajaan di Kementerian Pengangkutan.
Loke turut mengulangi komitmen DAP bahawa peranan dan tanggungjawab anggota parti itu dalam kerajaan ialah menjamin kestabilan politik, memastikan keharmonian antara kaum serta membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Mengimbau perjalanan Kerajaan Perpaduan sepanjang 2023, beliau berkata pelbagai dasar dan hala tuju negara termasuk kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian serta Dasar Peralihan Tenaga telah digubal dan diumumkan untuk pelaksanaan manakala iklim pelaburan kembali rancak, keyakinan pelabur terhadap masa depan ekonomi Malaysia kian meningkat, dasar luar dan peranan Malaysia di pentas antarabangsa lebih terserlah serta makin diberi perhatian oleh kuasa besar.
Loke berkata di bawah Kerajaan Perpaduan, hubungan dua hala dengan negara jiran di ASEAN dan Asia Timur turut diperkuat dan membantu pertumbuhan perdagangan yang lebih agresif.
"Semua petunjuk ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
"Proses pembinaan semula negara sedang berjalan lancar dan dengan iltizam yang tinggi, lebih banyak perancangan kerajaan dapat diterjemahkan dalam tindakan bersepadu serta pelaksanaan secara tuntas pada tahun 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Loke bertekad untuk terus memainkan peranan konstruktif memperkukuh kerjasama dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan serta menyumbang tenaga dalam penyampaian prestasi kerajaan di Kementerian Pengangkutan. - Gambar fail/BERNAMA
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.