KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) itu termasuk kajian impak yang turut mengambil kira pandangan hasil sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan orang awam berkenaan pengenalan akta itu.
"Dapatan kajian menyeluruh ini akan diguna pakai bagi pertimbangan dasar oleh Jemaah Menteri kelak," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Isnin.
Azalina menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap bagi menghalang tindakan lompat parti yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat banyak negara mengamalkan Parlimen berpenggal tetap dengan garis masa yang dipersetujui untuk pilihan raya demi menjamin kestabilan politik dan ekonomi serta untuk menghalang sebarang cubaan rampasan kuasa yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen negara.
Selain itu, Azalina berkata Parlimen berpenggal tetap juga boleh memastikan segala agenda reformasi dan polisi dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan.
"Malaysia mempunyai penetapan tempoh Parlimen iaitu lima tahun sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Bagaimanapun, Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk meminta Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen sebelum penamatan tempoh lima tahun pada bila-bila masa untuk apa-apa alasan, sekiranya juga dipersetujui oleh Seri Paduka Baginda," katanya.
Sementara itu, dalam jawapan berasingan mengenai cabaran kerajaan dalam meneliti cadangan akta berkenaan, Azalina berkata buat masa ini, tiada cabaran dikenal pasti memandangkan ia masih di peringkat kajian terperinci.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) yang ingin tahu cabaran kerajaan dalam meneliti cadangan akta terbabit demi memperkasakan institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Azalina menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap bagi menghalang tindakan lompat parti. - Foto fail/BERNAMA
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Cadangan gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina
Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othm
Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Langkah Dubai? Ini fakta yang perlu diketahui tentang Akta Parlimen Berpenggal Tetap
Akta Parlimen Berpenggal Tetap (APBT): Soalan-soalan lazim (FAQs) dan jawapan oleh Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Sama).
Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis
Pilihan Raya Ahli Dewan Rakyat dan Pilihan Raya Perdana Menteri perlu dilaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tetap hendak dikuatkuasakan dalam sistem semasa demokrasi negara.
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak libatkan penggal tetap Perdana Menteri
Katanya, sistem penggal tetap Perdana Menteri tidak mustahil untuk dilaksanakan, namun pelaksanaannya akan mewujudkan kepincangan.
RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal mampu kukuhkan negara - Abang Johari
Abang Johari berkata semua pemimpin parti politik seharusnya lebih mengutamakan kestabilan pemerintahan dan usaha memulihkan ekonomi negara.
Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi
Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.
Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap bukan langkah terdesak - Azalina
Ia sebagai menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak menentu.
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.