awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/04/2023
08:56 MYT
Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
Salahuddin menafikan berlaku kenaikan barangan asas secara mendadak pada ketika ini. - Fail/BERNAMA
PETALING JAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia berikutan, kementerian itu memerlukan fakta atau data yang tepat sebelum suatu keputusan dilakukan terhadap inisiatif berkenaan.
"Mungkin apa yang dikatakan oleh Datuk Ameer Mydin itu dalam kapasiti beliau sebagai pemain industri, kami di pihak kerajaan, bagi saya biarlah kita buat satu kajian dahulu. Saya sudah sebut sebelum ini, kita perlu ada fakta dan data yang lebih bertanggungjawab sebelum kita membuat apa keputusan atau cadangan kepada pihak kerajaan.
"Mungkin Datuk Ameer Mydin sebutkan itu adalah supaya kita semua bersifat Rahmah untuk meneruskan Menu Rahmah atau apa sahaja di bawah Payung Rahmah ini.
"Namun, saya perlu buat beberapa keputusan penting selepas kajian secara menyeluruh akan dapat dilakukan terhadap inisiatif Payung Rahmah ini," katanya ketika hadir dan melancarkan program penyerahan bakul Rahmah sumbangan Grab Malaysia kepada rakan pemandu dan penghantar Grab di Grab Driver Centre (GDC) Axis di sini pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mahu peniaga berhenti mengharapkan subsidi jika mahu mengambil bahagian dalam program Menu Rahmah.
Dalam pada itu, Salahuddin menafikan berlaku kenaikan barangan asas secara mendadak pada ketika ini.
Beliau menjelaskan, hasil pemantauan, tiada peniaga yang menaikkan harga barangan kawalan pada paras yang ditetapkan dan sebarang kesalahan akan dipantau serta diambil tindakan oleh pihak kementerian.
"Setakat ini saya lihat, majoritinya barang kawalan yang tidak mungkin naik. Esok saya akan umumkan harga maksimum barangan kawalan menjelang raya Aidilfitri.
"Jaminannya ialah tidak benar kalau dikatakan barangan asas ini naik mendadak sebab kita periksa harganya hari-hari.
"Keduanya, barang kawalan, tiada peniaga yang berani menaikkan, melainkan mereka akan diambil tindakan. Pada tahap hari ini, semua barangan yang dikawal atau dipantau, keberadaannya cukup dan harganya juga mengikut apa yang ditetapkam KPDN," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
#Ameer Ali Mydin
#Menu Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan