awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tambah kolej vokasional tawar kursus EV antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
11/10/2023
00:30 MYT
Cadangan tambah kolej vokasional tawar kursus EV antara tumpuan Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 turut dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua, hari ini. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Rancangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menambah bilangan kolej vokasional yang bakal menawarkan kursus kemahiran dalam industri kenderaan elektrik (EV) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu rancangan KPM untuk menambah kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih relevan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Pada sesi sama, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula ingin tahu usaha kerajaan dalam mengatasi kes keganasan melibatkan "along" atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen memandangkan berlaku peningkatan kes membabitkan kerosakan harta benda awam.
Tan Kok Wai (PH-Cheras) pula dijangka meminta kerajaan untuk menyatakan kekurangan dikenal pasti dalam sistem kesihatan negara terutamanya semasa COVID-19 yang tidak konsisten dengan aspirasi "Kesihatan untuk Semua" serta rancangan reformasi sistem penjagaan kesihatan menyeluruh yang akan dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 turut dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua, hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#KPM
#EV
#kolej vokasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan