KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) bersetuju dengan cadangan mewujudkan operasi bersepadu untuk menutup kilang haram melalui kerjasama kerajaan negeri.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata di bawah cadangan itu, melalui mesyuarat Bil 1/2021 secara dalam talian yang dipengerusikan beliau, turut dipersetujui ialah langkah mengaktifkan pasukan petugas diketuai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan melibatkan agensi lain yang berkaitan.
"Pasukan petugas ini akan menjalankan operasi bersepadu sekurang-kurangnya dua kali setahun. Usaha menutup kilang haram amat penting untuk mencegah pencemaran terutama pencemaran sungai dan pembakaran terbuka," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata cadangan itu adalah antara lima kertas pertimbangan yang dipersetujui dalam mesyuarat MEXCOE pada Isnin.
Empat lagi cadangan dipersetujui ialah penyerahan aset infrastruktur tanah gambut kepada kerajaan negeri di bawah Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut bagi mengatasi isu jerebu di negara ini dan pelaksanaan perolehan hijau kerajaan serta inisiatif hijau di peringkat negeri dan PBT.
Selain itu pemerkasaan bandar rendah karbon dan tindakan perubahan iklim di seluruh negara serta pembangunan dasar dan garis panduan berkaitan mekanisme pasaran karbon negara.
Tuan Ibrahim berkata dalam mesyuarat itu juga, beliau menekankan bahawa komitmen serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting dalam usaha memantapkan tadbir urus alam sekitar negara demi menjana kekayaan baharu serta meningkatkan kesejahteraan rakyat ke arah pembangunan lestari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Tuan Ibrahim berkata, cadangan itu adalah antara lima kertas pertimbangan yang dipersetujui dalam mesyuarat MEXCOE pada Isnin. - Gambar fail
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Cadangan wujud operasi bersepadu tutup kilang haram dipersetujui
Mesyuarat MEXCOE bersetuju dengan cadangan mewujudkan operasi bersepadu untuk menutup kilang haram melalui kerjasama kerajaan negeri.