KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu data kes Myocarditis dan Pericarditis atau keradangan jantung sebelum membenarkan golongan remaja termasuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima vaksin COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ketika ini, hanya calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang berusia 18 tahun ke atas boleh menerima suntikan vaksinasi itu.
"Kategori remaja ialah 12 hingga 17 tahun manakala Tingkatan 6 atas mereka sudah berumur 18 tahun dan kita beri (vaksin) kepada mereka yang menduduki peperiksaan lebih awal.
"Untuk data setakat ini, kita belum memberikan (vaksin) lagi kepada kategori remaja, kita masih menunggu data lagi, data tentang kejadian rare cases on Myocarditis dan Pericarditis, sehingga itu selesai, kita akan buat keputusan," katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin pada Jumaat.
Menurut beliau lagi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan mengumumkan perkembangan perkara itu dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, Dr Adham berkata, kerajaan tidak akan memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja buat masa ini berikutan vaksin tersebut didapati berisiko mencetuskan radang jantung kepada mereka yang berusia bawah 17 tahun.
Astro Awani
Fri Jul 16 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu data kes Myocarditis dan Pericarditis atau keradangan jantung sebelum membenarkan remaja termasuk calon SPM menerima vaksin COVID-19. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.
MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.
Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.
MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.
MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.
Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.
100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.
Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.