awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan

Bernama
Bernama
27/01/2025
13:30 MYT
CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Mohideen berkata ia berikutan terdapat peningkatan membimbangkan dalam kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat, baru-baru ini. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara khususnya ketika sambutan Tahun Baharu Cina, minggu ini.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata ia berikutan terdapat peningkatan membimbangkan dalam kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat, baru-baru ini.
Beliau berkata faktor seperti kelajuan, tabiat pemanduan yang buruk, sikap pemandu, jalan raya sesak, keadaan jalan tidak memuaskan dan penguatkuasaan lemah turut menyumbang kepada bilangan kemalangan yang tinggi di negara ini.
"Pada 2024 sahaja, terdapat 825 kemalangan maut melibatkan kenderaan tersebut dalam tempoh 10 bulan sahaja.
"Apabila kita merujuk kepadanya sebagai "kemalangan", kita membayangkan bahawa ia tidak dapat dielakkan, yang mengekalkannya sebagai budaya penerimaan. Pemikiran ini menunjukkan bahawa tiada apa-apa boleh dilakukan untuk menghalangnya,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohideen berkata pengangkutan awam perlu digalakkan sebagai sebahagian daripada strategi lebih luas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#CAP
#kemalangan jalan raya
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan