awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capai 300,000 dos vaksin COVID-19: Malaysia berada di landasan tepat - PM

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2021
09:35 MYT
Capai 300,000 dos vaksin COVID-19: Malaysia berada di landasan tepat - PM
Kata Muhyiddin, melihat kepada pencapaian ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada dalam landasan tepat, insyaAllah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis segala usaha yang dirancang menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berada di landasan yang tepat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selepas angka harian pemberian vaksin COVID-19 berjaya melepasi 300,000 dos pada Isnin.
"Alhamdulillah, semalam kita berjaya mencapai kadar vaksinasi sebanyak 313,761 dos sehari, dengan sejumlah 6.585 juta orang sudah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta lagi lengkap dua dos suntikan vaksin.
"Melihat kepada pencapaian ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada dalam landasan tepat, insya-Allah," katanya menerusi satu ucapan ringkas yang dikongsikan di media sosial hari ini.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Jelas beliau, pencapaian itu adalah seiring pengumuman beliau berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu yang mensasarkan kadar vaksinasi lebih 300,000 dos sehari menjelang Julai.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata inisiatif mempercepatkan pemberian vaksin kepada seramai mungkin penduduk di negara ini turut direalisasikan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Menurut beliau, ia penting bagi memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa rakyat Malaysia kembali menjalani kehidupan yang menghampiri kehidupan sebelum pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#imuniti kelompok
#pandemik
#vaksin
#suntikan
#dos pertama
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan