KUCHING: Kerajaan Persekutuan komited capaian Internet menyeluruh di seluruh negeri Sarawak menjelang tahun 2024, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Katanya sasaran itu mampu dicapai melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 dengan lebih 600 kampung di Sarawak, bakal mendapat akses capaian Internet menggunakan teknologi satelit.
Jelasnya 600 kampung di Sarawak itu merupakan antara 1,400 kampung di seluruh negara, yang telah dikenal pasti sebagai kawasan capaian Internet yang kurang memuaskan.
"Jika kita mahu tunggu 1,400 kampung itu untuk pasang menara dan fiber optik (untuk dapatkan Internet) kita jangkakan akan ambil masa 10 tahun dan saya fikir rakyat tidak harus tunggu begitu lama.
"Sebab itu di bawah JENDELA Fasa 2, capaian Internet harus disegerakan dengan menggunakan teknologi satelit," katanya dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan PerantiSiswa di sini, hari ini.
Pada majlis itu, seramai 411 pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, menerima peranti tersebut, dalam sesi pengagihan peringkat negeri Sarawak yang bermula hari ini.
Setakat hari ini, jumlah permohonan yang telah diluluskan untuk negeri Sarawak adalah seramai 7,400 pelajar.
Sementara itu, Annuar berkata walaupun kos menyediakan akses capaian Internet menggunakan teknologi satelit itu tinggi, namun Kerajaan Persekutuan bersedia menanggung perbelanjaan itu.
Jelasnya buat masa ini anggaran kos untuk program JENDELA Fasa 2 juga belum lagi dimuktamadkan.
"Sekarang ini (JENDELA Fasa 2) dalam proses untuk menyiapkan tender dan tender akan dipanggil tahun ini juga. Kita jangkakan pelaksanaan akan bermula pada 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada Majlis Penyerahan Peranti Siswa di Institut Perguruan Batu Lintang hari ini. - BERNAMA
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.