KETUA jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, percaya keazaman untuk mencatat kemenangan kali pertama di tempat sendiri menjadi motivasi terbaik buat pemain-pemainnya bagi menghadapi T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, malam ini.
“Kami tewas tiga kali berturut-turut di gelanggang sendiri dan jelas ini satu pengalaman yang pahit untuk dikenang. Kemudian, kami bangkit dengan menewaskan Perak di Ipoh dan saya yakin itu menjadi motivasi terbaik kepada pemain untuk mencipta kemenangan pertama di stadium keramat ini.
“Satu perlawanan yang menarik dan sukar sebenarnya menentang T-Team kerana mereka memiliki barisan pemain muda yang berbakat. Kami akan terus berjuang untuk memburu tiga mata penuh,” katanya.
Zahasmi juga percaya keyakinan pemain The Red Warriors semakin meningkat dan bersedia untuk menghadapi dua tekanan utama malam ini.
“Sudah pasti tekanan daripada pasukan lawan (T-Team) yang inginkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta liga dan juga tekanan daripada penyokong sendiri yang mahukan TRW mencipta kemenangan pertama di Kota Bharu.
“Saya harap penyokong dapat turun beramai-ramai memberi sokongan padu kepada pemain TRW dan insya-Allah kami akan beraksi lebih baik untuk mencari tiga mata penuh,” katanya.
Ditanya peluang penyerang import, Alessandro Padovani Celin, untuk diturunkan malam ini, Zahasmi menjelaskan pemain itu masih belum pulih sepenuhnya.
“Kita tengok macam mana prestasi Celin sama ada boleh diturunkan atau tidak. Kehadiran penyerang import amat penting untuk pasukan dari segi psikologi berdepan pasukan lawan.
“Namun, kami tetap mengharapkan penyerang utama, Muhammad Ghaddar, terus mempamerkan aksi hebat di depan gawang lawan,” katanya.
Kelantan turun dengan misi untuk mencari kemenangan pertama di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV selepas tewas tiga kali berturut-turut di gelanggang keramat ini.
Kemenangan akan membolehkan Kelantan terus melonjak dalam carta Liga Super dengan 12 mata daripada tujuh perlawanan.
Astro Arena
Sat Mar 04 2017
ZAHASMI: Kami akan terus berjuang untuk memburu tiga mata penuh. - Foto: Facebook Zahasmi Ismail
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.
Kerajaan pusat serah peruntukan lebih RM64 juta menerusi Jakim kepada Sabah
Ia bagi membayar imbuhan tahunan dan elaun 6,857 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
Penganjur acara diminta wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh
Abdul Halim berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
Belanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam - Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion sebagai usaha untuk memartabatkan syiar Islam.
Penyertaan 88 peratus pelajar, lima kelas KAFA tulen pastikan tiada keciciran - MB
Pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkasa institusi KAFA, di samping memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikutinya.
Annuar akan kembali ke arena bola sepak
Beliau berhasrat membantu pasukan TRW menghidupkan semula semangat 'gelombang merah' yang pernah disegani di negara sebelum ini.
Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim
Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Guru KAFA Selangor enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan - MB
Tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19.