awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cari pembangkang yang faham peraturan Dewan Rakyat' - Pemuda UMNO

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2016
00:15 MYT
'Cari pembangkang yang faham peraturan Dewan Rakyat' - Pemuda UMNO
Pembangkang digesa mencari dan mencalonkan individu yang faham peraturan selain tatasusila di Dewan Rakyat. - Foto Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Pembangkang digesa mencari dan mencalonkan individu yang faham peraturan selain tatasusila di Dewan Rakyat.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ia memastikan negara mempunyai barisan pembangkang yang tidak mengecewakan pengundi masing-masing selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
"Saya syorkan elok ahli-ahli parti pembangkang supaya mencari dan mencalonkan individu yang tahu prosedur Dewan Rakyat untuk PRU ke-14 kelak.
"Tindakan tidak matang ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar dewan adalah amat memalukan dan bersifat kebudak-budakan.
BACA: ANGGOTA PARLIMEN PEMBANGKANG KELUAR DEWAN BACA: UCAPAN BAJET 2017 PM NAJIB
"Mereka seperti tidak tahu prosedur dewan dan tidak boleh membezakan antara pembentangan dan perbahasan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Jumaat, sebahagian anggota Parlimen dari pakatan pembangkang hari ini bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Mereka terdahulu melakukan provokasi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyebabkan timbul kekecohan sehingga mengundang campur tangan Speaker dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dalam pada itu jelas Khairul Azwan, tindakan Ahli Parlimen pembangkang seolah-olah tidak sedar mereka akan diberi peluang untuk berbahas setelah pembentangan selesai.
"Tindakan membabi buta ini langsung tidak melambangkan kredibiliti dan kualiti seorang Ahli Parlimen. "Mereka telah mengecewakan pengundi mereka. Paling tidak ahli-ahli Parlimen PAS tahu prosedur Dewan Rakyat dan tidak keluar sewaktu pembentangan Bajet 2017," tegasnya.
Khairul Azwan turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membentangkan bajet yang baik dan mengambil kira keperluan rakyat dan cabaran ekonomi semasa.
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#Dewan Rakyat
#Khairul Azwan Harun
#Najib Razak
#pembangkang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan