awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catuan bekalan elektrik di 14 daerah di Sabah, Labuan - SESB

Bernama
Bernama
12/03/2024
09:45 MYT
Catuan bekalan elektrik di 14 daerah di Sabah, Labuan - SESB
Daerah terlibat ialah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom dan Papar. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Catuan bekalan elektrik dilaksanakan bermula pagi tadi di 14 daerah di negeri ini dan Labuan melibatkan 62,093 pengguna akibat masalah teknikal di stesen penjanaan.
Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil berkata daerah terlibat ialah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom dan Papar.
Beliau berkata catuan itu bermula 11 pagi tadi serta berkemungkinan sehingga 8 malam ini dan bekalan elektrik sedang dipulihkan ke kawasan terjejas secara berperingkat.
"Catuan ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid elektrik berikutan masalah kekurangan penjanaan dalam sistem grid," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata terdapat masalah teknikal di Unit Penjanaan 2 di Stesen Janakuasa Kimanis dan Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah terpelantik (tripping) pada 10:03 pagi tadi menyebabkan kekurangan penjanaan tersebut.
Unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau katanya telah berjaya dipulihkan selepas satu jam dari kejadian terpelantik, manakala unit penjanaan di Stesen Janakuasa Kimanis memerlukan sedikit masa untuk dipulihkan.
Pengguna boleh menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000, 019- 8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#catuan elektrik
#Sabah
#Labuan
#Gangguan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan