awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CCTV hanya akan dipasang di sekolah bermasalah disiplin

Bernama
Bernama
12/01/2018
11:44 MYT
CCTV hanya akan dipasang di sekolah bermasalah disiplin
Mahdzir turut mengesyorkan supaya elemen CCTV itu terkandung dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang terdapat di bawah kementeriannya ketika ini.
Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) hanya akan dipasang di sekolah yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata kementeriannya menyambut baik usaha pemasangan CCTV di sekolah kerana ia kini dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha menghadapi pelbagai kemungkinan namun ia tidak akan melibatkan kesemua sekolah di negara ini.
"(Namun) CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat tertentu sahaja manakala pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah boleh berperanan dalam menentukan sekolah mana yang terlibat terutamanya yang dikenal pasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan pada Program Hari Keluarga di Kampung Baru Lembah Permai di Kuala Nerang di sini hari ini.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah namun berharap tindakan itu tidak mengganggu privasi pelajar dan guru.
Mahdzir turut mengesyorkan supaya elemen CCTV itu terkandung dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang terdapat di bawah kementeriannya ketika ini.
"Sebenarnya pemasangan CCTV ini boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan peruntukan yang banyak kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan untuk kawalan keselamatan di sekolah.
Jadi saya berharap pemasangan CCTV ini boleh dimasukkan dalam bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan supaya ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang baharu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#kamera litar tertutup
#Mahdzir Khalid
#masalah disiplin
#Menteri Pendidikan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan