awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO dakwa diugut, dipukul pemilik syarikat - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
02:50 MYT
CEO dakwa diugut, dipukul pemilik syarikat - Polis
Menurut polis, saksi mengesahkan punca kejadian kerana suspek meminta mangsa bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh syarikat.
KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mendakwa diugut dan dipukul oleh pemilik syarikat kerana perlu bertanggungjawab terhadap kerugian sebuah syarikat di Jalan Duta, di sini pada 19 September tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ketika kejadian, suspek disyaki telah merampas telefon bimbit mangsa dan menuduhnya mencuri wang syarikat.
"Mangsa telah ditumbuk beberapa kali di muka oleh suspek serta dipaksa memindahkan wang secara dalam talian dan tunai pada 19 September hingga 21 September tahun lalu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, saksi mengesahkan punca kejadian kerana suspek meminta mangsa bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh syarikat.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian wang serta seutas jam tangan dan pelbagai beg berjenama, jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa dianggarkan bernilai lebih RM 1.7 juta," katanya.
Amihizam berkata, laporan berkaitan kes itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 38 tahun pada jam 1.27 petang, 18 Januari lalu.
"Mangsa yang bekerja bersama suspek dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran syarikat nekad membuat laporan polis setelah menerima nasihat daripada rakan-rakannya," katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita juga mendapati suspek disyaki terlibat dengan penyiasatan kes lain yang telah dilaporkan pada 12 Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 342, 384, 506, 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, suspek telah ditangkap dan ditahan reman bersabit kedua-dua kes tersebut, namun dilepaskan dengan jaminan polis pada 19 Januari lalu.
"Kertas siasatan bagi kes ini dan semua laporan yang melibatkan suspek akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan tuduh di mahkamah," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#CEO dipukul
#syarikat di Jalan Duta
#Amihizam Abdul Shukor
#dituduh curi wang syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan