awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh masuk kaunter stesen MRT, penganggur dipenjara dua bulan

Bernama
Bernama
19/01/2024
11:10 MYT
Ceroboh masuk kaunter stesen MRT, penganggur dipenjara dua bulan
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 16 Jan lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara dua bulan ke atas seorang penganggur kerana menceroboh masuk ke kaunter khidmat pelanggan di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa Muzium Negara untuk mencuri wang, Selasa lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin membuat keputusan itu selepas B. Durairajan, 35, mengaku melakukan perbuatan itu pada 12.20 tengah malam 16 Jan lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 16 Jan lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala Durairajan, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga.
Mengikut fakta kes, semasa kejadian tertuduh telah menceroboh masuk ke kawasan itu dan cuba memecahkan mesin daftar tunai di kaunter berkenaan.
Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh anggota keselamatan sebelum sempat membuka mesin itu dan tiada kerugian dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keputusan mahkamah
#ceroboh mrt
#stadium muzium negara
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan