awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerucuk lembaran keluli digunakan dalam kerja pembaikan ban pecah di Bukit Changgang

Bernama
Bernama
05/01/2022
21:05 MYT
Cerucuk lembaran keluli digunakan dalam kerja  pembaikan ban pecah di Bukit Changgang
Media sebelum ini melaporkan kejadian ban pecah di Kampung RTB Bukit Changgang yang menimbulkan kebimbangan kepada penduduk sekiranya berlaku banjir sekali lagi. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerja pembaikan ban pecah di Sungai Langat di kawasan Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang, Kuala Langat melibatkan penggunaan cerucuk lembaran keluli serta tanah bagi mengukuh dan menstabilkan ban sedia ada.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan selain itu batang kelapa sawit juga digunakan dalam pembaikan ban pecah bertujuan untuk mengukuhkan laluan jentera berat di kawasan pembinaan terbabit.
Menurut kenyataan itu, batang kelapa sawit juga digunakan sebagai halangan sementara bagi mengurangkan limpahan air sungai sebelum kerja pembaikan ban dilaksanakan.
"Pada masa ini, JPS Negeri Selangor sedang memfokuskan kepada kerja pembinaan saluran keluar air banjir menggunakan pam skru ke Sungai Langat. Kerja ini dijangka siap dalam tempoh tiga hingga lima hari, bergantung kepada keadaan cuaca," katanya.
Penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka dilanda banjir diminta sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa dan sebarang maklumat serta amaran semasa boleh didapati di laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - Dept. of Irrigation and Drainage dan Twitter @DID_Malaysia.
BACA: Ban pecah di RTB Bukit Changgang, air mula melimpah
BACA: Bimbang air naik lagi, penduduk Bukit Changgang tutup ban pecah dengan batang kelapa sawit
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan media berhubung kejadian ban pecah di Kampung RTB Bukit Changgang yang menimbulkan kebimbangan kepada penduduk sekiranya berlaku banjir sekali lagi.
Menurut laporan media itu penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan meletakkan batang kelapa sawit dan bongkah batu bagi menghalang kemasukan air Sungai Langat ke kawasan kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPS
#Kampung RTB Bukit Changgang
#pembaikan ban pecah
#batang kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan