Skip to main content

Malaysia

Suami Heliza Helmi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman_ FB Mahadi Bz
Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah hari ini.

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah.

Mahadi, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim, Azrul Darus dan Norma Ismail.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, suami kepada penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi itu, sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT menjalankan perniagaan dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah villa,di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 dan 15 Februari 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta serupa.

Sekiranya disabitkan atas kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
 

Must Watch Video