awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China bangunkan kapal angkasa untuk pelancongan

Bernama
Bernama
15/07/2022
00:30 MYT
China bangunkan kapal angkasa untuk pelancongan
Sekiranya berjaya, kapal angkasa itu akan membawa sehingga tujuh penumpang ke orbit pada ketinggian lebih 99.7 kilometer. -Foto Twitter/@China2ASEAN
MOSCOW: CAS Space, sebuah syarikat roket Akademi Sains China sedang membangunkan kenderaan pelancar dan kapal angkasa untuk memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman berada di angkasa lepas untuk jangka pendek, lapor Sputnik memetik kenyataan pengasas syarikat, Yang Yiqiang.
"Seiring dengan perkembangan pesat teknologi angkasa, lawatan ke angkasa lepas untuk orang awam bukan lagi fantasi tetapi realiti.
"Perjalanan ke angkasa lepas akan memberi pengalaman baharu yang tidak pernah mereka alami sebelum ini," katanya pada Khamis, lapor Sputnik.
Syarikat itu merancang untuk menjalankan sekurang-kurangnya 15 ujian pelancaran bagi menguji keupayaan teknologinya.
Sekiranya berjaya, kapal angkasa itu akan membawa sehingga tujuh penumpang ke orbit pada ketinggian lebih 99.7 kilometer.
Pelancong akan menyeberangi Karman Line - dan merasai pengalaman tanpa tarikan graviti. Penerbangan itu akan berlangsung hanya beberapa minit, tetapi cukup untuk pelancong menikmati pemandangan di angkasa lepas.
Perjalanan ke angkasa lepas itu dilaporkan menelan belanja kira-kira US$300,000. Setiap pelancong perlu menjalani latihan khas sebelum melakukan perjalanan.
Roket itu dijadual memulakan ujian teknikalnya pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#CAS space
#Yang Yiqiang
#Akademi Sains China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan