awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cipta alat pengesan kualiti buah nanas, pasukan Malaysia juarai Imagine Cup Asia 2018

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
05/04/2018
09:33 MYT
Cipta alat pengesan kualiti buah nanas, pasukan Malaysia juarai Imagine Cup Asia 2018
Pasukan Malaysia (dari kiri) Zulnazim Dzulkurnain, Tan Yit Peng dan Yap Xien Yin, tidak sabar untuk mencipta sejarah baharu bagi mengungguli Imagine Cup peringkat dunia Julai ini. - Astro AWANI
Pasukan dari Malaysia, The Pine, berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul juara Imagine Cup 2018 peringkat Asia anjuran Microsoft Corporation di ibu negara.
Hasil ciptaan alat pengesan kualiti buah nanas oleh tiga pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) itu, berjaya menjulang nama Malaysia lebih-lebih lagi apabila negara ini menjadi tuan rumah buat kali eprtama dalam edisi kedua kejohanan tersebut.
Menurut ketua pasukan, Tan Peng Yit, idea penciptaan alat pengesan kualiti buah nanas merupakan idea bersama pensyarahnya ketika menjalani projek akhir tahun.
“Kebiasaannya, buah nanas dipotong untuk menilai tahap kualiti.
“Penggunaan alat ini mampu memudahkan petani untuk menilai kualiti buah nanas dengan mudah dan pantas, serta mengurangkan pembaziran buah yang dipotong,” kata beliau ketika ditemu bual Astro AWANI selepas diumumkan sebagai juara.
Bagi rakan sepasukannya, Yap Xien Yin, kemenangan itu menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk mencipta sejarah di Amerika Syarikat (AS).
“Kami tidak sabar untuk bertanding di AS. Ciptaan ini juga akan ditambah baik kerana di AS, kami akan membawa projek yang sama dan menyasarkan untuk berada pada kedudukan tiga teratas,” ujarnya.
Pasukan negara akan bersaing dalam kejuaraan dunia pada bulan Julai ini serta membawa pulang sebuah piala dan wang berjumlah AS$3,000 (RM11,600).
Imagine Cup merupakan satu kejohanan teknologi dan inovasi yang terdiri daripada pelajar universiti dan dipertandingkan di setiap benua sebelum berentap ke kejohanan dunia di Seattle, AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#generasi Y
#Imagine Cup
#KLCC
#Microsoft
#teknologi
#UTHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan