KUALA LUMPUR: "KKM ke bayar gaji bulan-bulan?"
Demikian pendedahan seorang pengguna Twitter akan reaksi diterima daripada majikannya ketika ditanya sama ada beliau boleh bekerja dari rumah setelah kerajaan mengumumkan arahan tersebut bagi mengekang penularan COVID-19.
Sehingga malam tadi, ciapan tersebut telah meraih hampir 20,000 likes dan dikongsi lebih 16.500 kali dengan kebanyakan pengguna lain turut berkongsi pengalaman bagaimana mereka dipaksa majikan untuk tetap hadir ke pejabat meskipun tidak tergolong sebagai sektor perkhidmatan penting.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan 80 peratus penjawat awam dan 40 peratus sektor swasta diarahkan bekerja dari rumah mulai 25 Mei dalam usaha meratakan keluk COVID-19.
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat ini dibuat hampir dua minggu selepas kerajaan mengumumkan PKP 3.0 untuk Semenanjung Malaysia.
Namun, bebenang hantaran Twitter ini menunjukkan banyak syarikat berdepan masalah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tersebut walaupun ia ternyata amat penting dalam membantu mencegah penularan COVID-19.
Seorang bekas pekerja bank mendedahkan bagaimana beliau dipaksa mengedarkan brosur promosi di kawasan berisiko tinggi COVID-19 semasa PKP.
Dalam hantaran bertarikh 20 Mei tersebut, beliau berkata majikannya turut mengarahkan pekerja supaya menghantar foto mereka ketika sedang bertugas.
"Kami dipaksa untuk edar flyers siap tangkap gambar untuk buat bukti lagi," jelasnya.
Seorang lagi pengguna Twitter berkongsi majikannya berjanji akan membayar "elaun khas" bagi menarik kakitangan masuk bekerja ketika PKP.
"...lastly ubah statement bahawa setiap pekerja wajib kerja (di pejabat) bila diminta pihak syarikat tanpa mengharapkan balasan," kata beliau.
Pengguna yang lain pula berkongsi amalan yang lebih membimbangkan, apabila ada rakan sekerjanya tidak mengendahkan SOP walaupun menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.
"Partner sorang +ve pastu close contact dgn partner sorang lagi tapi dia tak buat swab dan still dtg offc mcm tak ada benda, staff kerja bergilir2 tapi dah mcm cacing kepanasan takut".
(Salah seorang pekerja positif COVID-19 tetapi kontak rapatnya tidak membuat ujian saringan dan datang bertugas seperti biasa. Semua pekerja datang bertugas secara bergilir tapi ia mengakibatkan pekerja lain berada dalam ketakutan.)
Dalam hantaran berasingan, seorang pengguna Twitter mendedahkan adiknya didesak untuk tetap masuk ke pejabat walaupun menjadi kontak rapat dua rakan sekerja yang positif COVID-19.
"Dah ramai positif, tapi semua kerja macam biasa. Department adik dua orang dah positif, so adik kena buat swab test je. Kerja kena masuk." katanya.
Tambahnya lagi, adiknya bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang pengeluaran terkenal.
Bebenang yang dihasilkan hantaran Twitter tersebut membuktikan bahawa ramai pekerja berdepan situasi yang sama.
Beberapa pengguna lain juga mengadu bagaimana mereka dipergunakan majikan yang bukan sekadar memaksa semua pekerja datang ke pejabat ketika PKP, malah turut membayar hanya separuh upah dengan alasan kekurangan pendapatan akibat wabak COVID-19.
Data kes COVID-19 global oleh John Hopkins Center for Systems Science and Engineering menunjukkan pada 21 Mei, Malaysia mengatasi India dalam jumlah kes baharu bagi setiap satu juta orang setiap hari dengan nisbah 200.61 berbanding 186.45 di India.
Saringan terhad bererti jumlah kes sebenar mungkin lebih tinggi dan ini adalah trend yang mencemaskan dan tidak boleh diambil ringan.
Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Dr Syed Hussain Syed Husman berkata adalah wajib bagi majikan sektor swasta memastikan 40 peratus pekerja mereka bekerja dari rumah, sejajar dengan pengumuman terbaharu mengenai sekatan yang lebih ketat,
"Sebarang pelanggaran SOP secara automatik akan menyebabkan kompaun dan/atau perintah untuk berhenti bekerja.
"Sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan kehadiran 60 peratus pada satu-satu masa di tempat kerja dalam tempoh PKP secara automatik mengakibatkan perintah 7 hari berhenti operasi, "katanya kepada Bernama.
Beliau menasihatkan agar majikan mematuhi arahan tersebut kerana kerajaan telah menyatakan dengan jelas bahawa peraturan itu akan dikuatkuasakan dengan ketat dan rayuan tidak akan dilayan.
Syed Hussain juga meminta agar perniagaan segera melakukan penyesuaian yang diperlukan sebelum pelaksanaan SOP pada 25 Mei ini.
"Sekiranya pekerja tidak dapat bekerja dari rumah, mereka perlu berbincang dengan mereka yang terjejas untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai untuk semua pihak, terutama mengenai pembayaran gaji dalam tempoh yang berkaitan," katanya.
*nama dan akaun Twitter tidak didedahkan bagi melindungi individu terjejas
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
Kerajaan sebelum ini mengumumkan 80 peratus penjawat awam dan 40 peratus sektor swasta diarahkan bekerja dari rumah mulai 25 Mei dalam usaha meratakan keluk COVID-19. - Gambar hiasan
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.
Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.
Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN
Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.
KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan
Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan empat pendekatan.
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri
Menerusi arahan Bekerja Dari Rumah, Ismail Sabri berkata, ia berkemungkinan dapat membantu menjayakan usaha memutuskan pandemik COVID-19.
WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus.
Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.
Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam
Mohd Zuki berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.