KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,275 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 339,443 kes.

Selangor terus merekodkan kes baharu tertinggi dengan 478 kes diikuti Sarawak (213 kes) dan Pulau Pinang (137 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 32 merupakan kes import melibatkan 21 rakyat tempatan yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau turut memaklumkan terdapat satu kematian membabitkan warganegara dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 1,249 kes (0.37 peratus).

"Sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 1,509 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 323,925 kes tau 95.43 peratus.

"Dengan ini kes sembuh mengatasi kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Noor Hisham turut memaklumkan, sehingga kini seramai 161 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 70 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan

Sementara katanya, kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,269 kes setakat hari ini.