KUALA LUMPUR:Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 146 kes positif COVID-19 pada Selasa.
Pertambahan kes tiga angka untuk dua hari berturut-turut ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan negeri itu meningkat kepada 1,574 kes.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Sibu kekal melaporkan kes harian tertinggi dengan 92 kes diikuti Sebauh (20), Kanowit (12), Miri (11), Beluru dan Kuching (3), Dalat (2) manakala satu kes masing-masing di Saratok, Bintulu dan Limbang.
“Hari ini, daerah Sebauh telah bertukar dari status kuning ke jingga apabila merekodkan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Manakala daerah Limbang kini berstatus kuning selepas melaporkan satu kes positifdi daerah tersebut,” kata kenyataan itu.
Selain itu, satu kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sekubong melibatkan daerah Sebauh di Bintulu juga dilaporkan.
Kes indeks kluster ini merupakan kes 1258 yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sebauh pada 8 Januari lalu.
“Setakat jam 12:00 tengah hari 12 Januari 2021, 32 individu telah disaring dan 21 daripadanya disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks.
“Tiga individu disahkan negatif dan lapan individu lagi masih menunggu keputusan,” tambahnya.
Pertambahan kluster ini menjadikan Sarawak mencatatkan tujuh kluster aktif termasuk Kluster Jelita, Kluster Pasai, Kluster Keranji Tabuan, Kluster Bah Sayap, Kluster Stutong dan Kluster Mador.
Syafik Shukri Jalil
Tue Jan 12 2021
Selain itu, satu kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sekubong melibatkan daerah Sebauh di Bintulu juga dilaporkan. FOTO: Astro AWANI
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Langgar SOP, operator pusat hiburan di Bintulu berdepan tindakan - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyelar tindakan pengusaha premis hiburan di Bintulu yang bertindak melanggar SOP COVID-19 dengan beroperasi melebihi waktu ditetapkan.
COVID-19: Daerah pedalaman Sarawak terus catat peningkatan kes positif
Beberapa daerah pedalaman di negeri Sarawak melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 pada Jumaat.
COVID-19: JPBN Sarawak sekali lagi pinda SOP upacara pengebumian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sekali lagi meminda prosedur operasi standard (SOP) bagi upacara pengebumian di negeri itu.
Jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak turun dua kali ganda
Jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melaporkan penurunan dengan 60 kes selepas empat hari melaporkan kes harian tiga angka.
COVID-19: 146 kes baharu, Sarawak terus catat kes harian tiga angka
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 146 kes positif COVID-19 pada Selasa.
COVID-19: Satu kluster baharu, 27 kes positif dilaporkan di Sarawak
Satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Greenhill dilaporkan di Kuching hari ini.