KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan kepada 3,926 pada Jumaat berbanding 4,503 kes pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.668 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat kematian pula dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara mencatatkan peningkatan sebanyak 380 kes dengan jumlah terkini 47,286 kes.

96.6 peratus daripada kes aktif atau 45,657 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,539 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU.

35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,542 kes sembuh.

Setakat ini 49.6 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dos penggalak dengan tambahan harian 1,870.