KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,787 orang, daripada 2.67 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilapor itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 60,856 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 49,791 individu atau 81.38 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,901 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,745 kes dirawat di hospital dan 419 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 187 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 232 lagi memerlukan mesin ventilator.
Astro Awani
Fri Dec 10 2021
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.
Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.
COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian dicatat
24,467 kes aktif dicatatkan pada Khamis dan daripada jumlah itu 22,637 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,465 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes jangkitan semalam adalah 2,465 kes berbanding 2,022 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.