KUALA LUMPUR:Semua banduan dan tahanan reman diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke penjara.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, itu antara prosedur operasi standard (SOP) baharu yang dibentangkan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia pada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
Beliau berkata, SOP baharu berkaitan pengurusan di penjara itu bertujuan untuk menyekat penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.
"Buat masa ini, SOP pengurusan banduan di penjara, SOP penerimaan banduan baharu serta SOP bagi mengiringi banduan ke mahkamah, sudah pun digunakan," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut tentang SOP itu, Ismail Sabri menjelaskan, bagi penerimaan banduan, saringan COVID-19 akan dilakukan kepada banduan yang dikuarantin sebaik masuk penjara, manakala banduan bergejala semasa tempoh kuarantin akan dirujuk ke hospital dan saringan kedua akan dilakukan pada hari ke-13.
"Setelah tamat tempoh kuarantin, banduan yang negatif akan dipindahkan ke Blok Penempatan Kekal pada hari ke-15 dan akan diasingkan selama lima hari daripada bercampur dengan banduan lain," katanya.
Sementara itu, bagi pengurusan banduan, menurutnya jawatankuasa urusetia pengurusan krisis COVID-19 diwujud dan diaktifkan dengan pengoperasian penjara sementara diwujudkan bagi mengelakkan kesesakan.
"Selain itu, mewujudkan 'base' (pangkalan) untuk anggota Kementerian Kesihatan di kawasan berhampiran bagi merawat banduan yang tidak kritikal di blok penempatan.
"Banduan sedia ada dalam penjara tidak dibenarkan keluar penjara kecuali bagi tujuan rawatan dan pengurangan kesesakan. Pergerakan dalam penjara juga dihadkan kecuali banduan dapur dan banduan kebersihan.
"Lawatan keluarga banduan turut dibatalkan serta merta. Proses sanitasi di dalam dan luar penjara pula akan dibuat dua kali sehari," jelasnya.
Dalam pada itu, katanya mengenai pemindahan atau pengiringan banduan ke mahkamah, SOP ditetapkan adalah penjarakan fizikal di dalam kenderaan serta pemeriksaan kesihatan pegawai pengiring dan banduan untuk mengesahkan mereka bebas gejala COVID-19.
"Peralatan bantuan lain termasuk sarung tangan, pelitup muka dan 'hand sanitizer' perlu disediakan sepanjang masa.
"Maklumat lanjut mengenai SOP pengurusan banduan dan tahan reman boleh dirujuk di laman web Jabatan Penjara Malaysia dan MKN," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Thu Oct 08 2020
SOP baharu berkaitan pengurusan di penjara itu bertujuan untuk menyekat penularan COVID-19 di kawasan berkenaan. - Gambar Twitter Dr Noor Hisham
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.