Berikut adalah rangkuman mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 16 Mac hingga pukul 12.30 tgh 20 Mac.
Jumlah kes di Malaysia terus melonjak akibat tambahan kes baharu tiga angka sementara senario global menunjukkan jumlah lebih 200,000 dengan kematian melepasi angka 8,000 setakat ini. Jumlah negara yang terlibat 165.
Kenaikan tiga angka kes baharu COVID-19 di Malaysia sejak lima hari lepas menjadikan jumlah kes penyakit ini melonjak kepada 900, setakat rangkuman dibuat tengahari ini.
Sehingga pukul 12 tengahari 19 Mac, sebanyak 110 kes disahkan positif dan 63 daripadanya berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Jamek Petaling sementara 47 kes dari kluster kecil.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sehingga 19 Mac pukul 5 petang, seramai 12,292 telah menjalani ujian pengesahan COVID-19, 900 orang orang disah positif, 7,973 orang disah negatif dan 3,419 menunggu hasil ujian.
Seramai 15 orang pesakit lagi dilaporkan pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah pesakit yang discaj 75 orang. Seramai 20 orang yang positif COVID-19 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malaysia mencatat kenaikan kes baharu tiga angka sejak Ahad 15 Mac sebanyak 190 kes. Ini diikuti pada Isnin 16 Mac 125 kes, Selasa 17 Mac 120 kes, Rabu 18 Mac 117 kes dan Khamis 19 Mac 110 kes.
Sebanyak dua kematian pertama akibat COVID-19 dicatat pada Selasa 17 Mac, iaitu pesakit ke-178 dan ke-358.
Kes ke-178, ialah seorang lelaki warga Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. Kes ke-358 ialah seorang paderi lelaki berumur 60 tahun di Kuching, Sarawak.
Kes COVID-19 sebelum 15 Mac adalah dalam lingkungan kenaikan dua angka. Kebanyakan kes baharu bermula 15 Mac dikaitkan dengan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Selangor yang berlangsung dari 27 Feb hingga 1 Mac lepas.
Perhimpunan itu dianggarkan dihadiri 16,000 orang peserta dari beberapa buah negara. Peserta Malaysia dianggarkan 14,500 Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis, setakat ini 10,650 orang peserta perhimpunan itu sudah dapat dikesan. Daripada jumlah itu, setakat ini, seramai 513 disah positif COVID-19.
LANGKAH DRASTIK KERAJAAN
Pertambahan drastik kes baharu menyebabkan kerajaan terpaksa menguatkuasakan beberapa langkah termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat pengumuman langkah PKP itu sekali kagi membuat perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen malam Rabu lepas, merayu kepada rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan PKP.
Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh PKP sekiranya rantaian jangkitan COVID-19 tidak terputus dalam tempoh dua minggu ini.
Pada 16 Mac, Perdana Menteri memaklumkan pengurusan COVID-19 kini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan perkembangan terkini wabak itu di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa akan arahan PKP.
Negara, kata beliau, mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika masyarakat mempunyai sikap tidak kisah.
Untuk rekod, negara mengalami gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Feb.
TAHAP KEUPAYAAN KORONAVIRUS
Sementara itu, laporan sebuah akhbar tempatan menyebut kajian yang diterbitkan menerusi New England Journal of Medicine (NEJM) semalam bahawa koronavirus yang menyebabkan penyakit COVID-19 didakwa boleh bertahan di atas beberapa permukaan selama beberapa hari atau di udara selama beberapa jam.
Menurut laporan itu, saintis dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendapati virus yang mempunyai tahap keupayaannya apabila berada di luar tubuh manusia adalah sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Ini bermakna penyebaran antara individu tidak mempunyai simptom adalah lebih berisiko tinggi. Koronavirus baharu itu dikesan sehingga empat jam pada permukaan tembaga dan dua hingga tiga hari pada permukaan plastik dan keluli tahan karat manakala sehingga 24 jam pada permukaan kadbod.
Pasukan terbabit turut menggunakan penebula untuk simulasi individu batuk atau bersin yang mendapati virus itu menjadi aerosol yang bermakna zarahnya tergantung di udara dan boleh dikesan selama hampir tiga jam.
Sebelum ini, virus tersebut didakwa disebarkan secara meluas melalui titisan pernafasan yang bertahan selama beberapa saat selepas individu batuk atau bersin.
SITUASI GLOBAL COVID-19
Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia seperti tertera di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga pukul 12 tgh 19 Mac, yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) adalah seperti berikut:-
Jumlah keseluruhan kes, 215,018 dengan melibatkan 165 buah negara . Jumlah kematian keseluruhan pula 8,842 orang.
Jumlah kes di China, 81,218 dengan kematian 3,242 .
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam ucapannya secara langsung pada sidang media di Geneva, Switzerland pada 18 Mac berkata lebih daripada 200,000 kes COVID-19 dilaporkan kepada Pertubuhan itu dan lebih daripada 8,000 orang maut.
Lebih daripada 80 peratus kes adalah dari dua rantau iaitu Pasifik Barat dan Eropah.
Beliau turut menyatakan usaha keras diperlukan untuk membanteras wabak penyakit COVID-19 dan beliau mengambil contoh kejayaan Korea Selatan menangani wabak tersebut.
WHO kini bekerjasama dengan negara lain untuk menggunakan pengalaman Korea dan negara lain dan diaplikasikan kepada negara yang menjadi sasaran.
Beliau turut mengumumkan ujian klinikal pertama vaksin sudah dimulakan, hampir 60 hari selepas urutan genetik virus dikongsi oleh China.
Pegawai kesihatan mengatakan tempoh sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan diperlukan sebelum vaksin itu dapat digunakan.
Tedros menyeru penyelidik di seluruh dunia berganding bahu untuk membuat penilaian terhadap eksperimen terapeutik. Sehubungan itu, WHO dan rakannya menganjurkan satu kajian bersama dengan beberapa negara antaranya Argentina, Bahrain, Kanada, Perancis, Iran, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland dan Thailand.
KES GLOBAL TERUS MENINGKAT
Berdasarkan statistik WHO sehingga 19 Mac, tiga negara teratas dengan jangkitan penyakit COVID-19 yang tinggi, di luar China ialah Itali, Iran dan Sepanyol.
Itali: Jumlah kematian akibat penyakit COVID-19 di Itali bertambah 427 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kematian 3,405. Itali kini mengatasi China dalam jumlah kematian.
Dilaporkan lebih daripada 2,000 orang berada di unit rawatan rapi di seluruh Itali, negara Eropah yang paling teruk dilanda wabak COVID-19.
Iran: Kementerian Kesihatan Iran menganggarkan COVID-19 meragut nyawa seorang rakyat Iran setiap 10 minit, demikian menurut laporan Agensi Berita Rasmi Iran, IRNA Khamis. Angka kematian akibat wabak penyakit coronavirus itu meningkat kepada 1,135 Rabu.
Justeru, rakyat Iran digesa meraikan perayaan Tahun Baharu negara itu, Nowruz, yang jatuh pada Jumaat 20 Mac, di rumah.
Timbalan Menteri Kesihatan, Alireza Reisi dipetik sebagai berkata 147 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu, sementara kes baharu bertambah 1,192, menjadikan jumlah kesemuanya, 17,361.
Sepanyol: Setakat 19 Mac, Sepanyol mencatat 13,190. Negara itu juga mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga, menutup semua perkhidmatan kecuali yang mustahak dan mengarahkan 46 juta orang rakyatnya duduk di rumah. Mereka hanya dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan atau ubat-ubatan atau bekerja atau mendapatkan rawatan perubatan
Seoul: Korea Selatan mencatat kenaikan kes baharu COVID-19 Khamis, dengan wabak baru di sebuah rumah penjagaan di Daegu, bandar yang sebelum ini paling banyak mencatat kes penyakit ini.
Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC) melaporkan 152 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,565. Daegu mencatat 97 kes daripada jumlah 152 itu dan sekurang-kurangnya 74 pesakit di rumah penjagaan itu disahkan positif.
Negara lain yang mencatat jumlah kes COVID-19 yang besar termasuk:-
Jerman 12,327 kes (28 kematian), Amerika Syarikat 7,769 kes (118 kematian), Switzerland 3,028 kes (21 kematian), United Kingdom 2,642 (104 kematian), Belanda 2,056 (58 kematian), Austria 1,646 (3 kematian), Norway 1,550 (6 kematian), Belgium 1,486 (14 kematian), Sweden 1,279 (10 kematian), Denmark 1,115 (4 kematian), Jepun 889 (31 kematian).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.
-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020
Negara mungkin menghadapi gelombang ketiga COVID-19, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi jika masyarakat mempunyai sikap tidak kisah. - Gambar hiasan
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.