KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali meningkat selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.

Pada Jumaat, nilai itu berada pada kadar 0.99 berbanding 0.97 hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.15, diikuti Terengganu, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Pahang.

Sementara itu, Kedah, Putrajaya, Sabah, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok  pula hanya mencatatkan 6 kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.