Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 kira-kira sebulan lepas, orang ramai kini nampaknya sudah membiasakan diri untuk kembali 'mengenali' kedai runcit.
Walaupun berhadapan dengan saingan sengit dari pasar raya besar selaras dengan arus peredaran zaman; dalam persekitaran PKP ketika ini kelebihan dilihat lebih berpihak kepada kedai runcit; yang lokasinya tidak jauh pun dari kediaman ramai, namun kepentingannya sering dipandang enteng.
Dari satu sudut, PKP ini dilihat sebagai satu rahmat yang terselindung bagi pengusaha kedai runcit, dan juga buat para pelanggannya, mungkin satu kebiasaan baharu sedang muncul.
Asmah Harun, 58, yang mengendalikan kedai runcit di Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu, adalah antara yang merasa gembira melihat ramai pelanggan yang berkunjung ke kedainya sejak kebelakangan ini, berbanding sebelum PKP dilaksanakan.
"Walaupun saya tidak buka kedai sehingga lewat malam, hasil jualan nampak tetap lebih baik, kerana jumlah pelanggan meningkat.
"Sebelum ini hanya beberapa penduduk kampung sini sahaja yang datang ke kedai saya, tapi sekarang penduduk kampung berhampiran pun datang beli barang di sini.
"Terlalu ramai (pelanggan) sehingga polis terpaksa datang untuk kawal keadaan, dan memastikan jarakan sosial dipatuhi," katanya kepada Bernama.
Asmah berkata beliau terpaksa mengambil stok barang yang lebih banyak daripada pembekal berbanding sebelum ini, bagi memenuhi permintaan yang melonjak, boleh dikatakan secara tiba-tiba.
Selain itu, beliau turut membenarkan beberapa penduduk kampung meletakkan makanan yang dibungkus dikedainya, untuk dijual kepada pelanggan.
Asmah berkata kebanyakan lelaki memilih untuk berbelanja di kedainya, kerana ia lebih mudah - hanya serahkan sahaja satu senarai barang-barang yang hendak dibeli kepada pembantu kedai, dan semuanya akan diuruskan, tanpa perlu mereka ke sana sini mencari barangnya.
Mohd Fazil Ibrahim, 45, seorang pelanggan kedai runcit di Penaga, Kepala Batas, Penang, berkata kedai runcit yang terletak hampir dengan rumahnya sangat banyak membantu semasa tempoh PKP, tambahan pula dia tidak perlu berbaris panjang untuk membuat pembayaran, sebagaimana kebiasaan bagi pasar raya besar.
Kedai runcit itu turut menjual segala jenis barang keperluan termasuk sayur-sayuran segar, ikan, udang, daging, dan bermacam lagi.
"Saya juga boleh berhutang, memang saya ada berhutang di kedai sini," katanya.
Kedai runcit di selatan negara, di Johor Bahru, juga ketika ini dilihat menjadi pilihan ramai.
Nur Faezah Mohd Khalid, 30, berkata beliau sering mengunjungi kedai runcit yang terletak hanya kira-kira 800 meter dari rumahnya di Larkin sejak PKP dikuatkuasakan.
Sebelum ini tempat yang sering menjadi pilihannya adalah pasar raya, pasar basah, pasar tani dan juga pasar malam.
"Ia bukan sahaja soal menjimatkan masa, tapi juga soal keselamatan. Saya lebih risaukan keselamatan anak-anak kecil, perlu elak daripada membawa mereka berbelanja di tempat-tempat kunjungan ramai," katanya kepada Bernama, sebagai merujuk kepada kembimbangan wabak COVID-19.
Pandangan beliau turut dipersetujui oleh seorang suri rumah Ainy Md Yunos, 68, dari Kota Bharu, Kelantan.
Pembantu jurutera Radio Televisyen Malaysia Salizah Duasa, 32, yang tinggal di Negeri Sembilan pula berkata, beliau tidak risau untuk berbelanja di kedai runcit di Seremban 2 kerana pengusaha kedai itu memastikan jarakan sosial dipatuhi, di samping menyediakan pensanitasi tangan.
"Untuk pergi ke pasar raya besar, perlu melalui sekatan jalan raya, manakala untuk beli secara dalam talian pula, ia mengambil masa sebelum barang itu sampai. Lebih mudah berbelanja di kedai runcit sahaja. Lagi pun tidak ada banyak bezanya dari segi harga," katanya.
Tinjauan di Ipoh, Perak, mendapati kedai runcit, atau sering dirujuk sebagai Kedai Acheh, juga amat popular di kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020
Dari satu sudut, PKP ini dilihat sebagai satu rahmat yang terselindung bagi pengusaha kedai runcit, dan juga buat para pelanggannya, mungkin satu kebiasaan baharu sedang muncul. - Gambar fail
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.