PUTRAJAYA:Angka kes jangkitan COVID-19 di Malaysia terus kekal dengan empat angka sejak semalam selepas 1,032 kes positif direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ini merupakan lima perkara penting pada sidang media Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1. 1,032 kes baharu COVID-19 dicatatkan.

2. Lapan kes kematian, jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 271 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 10,339 kes.

4. 82 kes sedang dirawat di ICU, 27 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

5. KKM kesan enam lagi kluster baharu.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

BACA: COVID-19: 1,032 kes baharu, lapan kes kematian dilaporkan