PUTRAJAYA: Tiada perancangan untuk memperkenalkan semula sebarang sekatan atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), biarpun terdapat peningkatan jumlah kes COVID-19 baharu yang dicatatkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, buat masa ini KKM mengambil pendekatan memperkukuhkan pelan pengurusan COVID-19 melalui lima strategi utama – pengesanan awal; pemerkasaan komuniti melalui TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko berkesan; dan pendigital sistem kesihatan melalui MySejahtera.

Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

“Saya harap akan ada clarity (penjelasan) dalam unjuran ke hadapan, bagaimana kami letakkan strategi KKM dalam menghadapi lonjakan COVID-19 atau surge, yang juga diperhatikan di negara jiran.

“Malaysia (memang) sedang menghadapi peningkatan kes yang mendadak, dan KKM harap situasi ini dapat dilalui tanpa perlu kita ulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku pada awal pandemic COVID-19.

“Tidak mengulangi PKP kerana ada yang bertanya dalam ciapan laman X, apakah banyak kegusaran di situ, jadi saya jelaskan, tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP,” katanya kepada sidang media khas di Putrajaya, susulan peningkatan kes COVID-19.

[TERKINI] Sidang Media Menteri Kesihatan Berhubung COVID-19

Mengenai situasi semasa, Dr Dzulkefly berkata, sebanyak 20,696 kes baharu dicatat bagi minggu epidemiologi (ME) ke-50, peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding berbanding ME sebelumnya, dengan majoriti terdiri daripada kes kategori 1 dan 2.

Daripada keseluruhan kes baharu beliau berkata, 20,677 kes tempatan (97.1 peratus) melibatkan warganegara Malaysia dan 609 kes tempatan (2.9 peratus) bukan warga negara), manakala 19 kes import melibatkan 18 warga negara.

Lonjakan kes COVID-19 diharap tanpa melalui PKP - KKM

Sebanyak 151 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan, selain 28 kes kematian dicatatkan.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, setakat ini fasiliti KKM termasuk klinik kesihatan dan hospital bersedia untuk menghadapi peningkatan kes COVID-19, dan stok vaksin juga mencukupi bagi mereka yang masih belum mendapatkannya, serta mereka yang ingin mendapatkan dos penggalak.

“Dalam suasana endemicity, kita mengambil perhatian dalam pemantaua (surveillance), melalui Heighten System Alert (HAT), pimpinan KKM akan memantau dan mengawal (penularan COVID-19).

Kes baharu COVID-19 ME50_2023 sebanyak 20,696

“Dan kita akan buat sama ada melalui kenyataan akhbar atau kami sendiri akan buat sidang akhbar seperti ini, dan keseluruhan memang betul ada peningkatan kes, keadaan semasa di Malaysia terkawal, dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” tambahnya.