KUALA LUMPUR:Dalam tempoh 24 jam lalu, Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara iaitu sebanyak 2,335 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,324 kes.

Dalam perkembangan sama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 728 kes (31.2 peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 677 kes di Kuala Lumpur dikesan daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Negeri Selangor pula, kata Dr Noor Hisham merekodkan sebanyak 710 kes diikuti Johor (412 kes).