KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sejumlah 22,642 lagi kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 1,616,244 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 6,325 kes.

 Ini diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279),  Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390). dan Kuala Lumpur (1,128).



Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat ini adalah 264,292.

Dalam pada itu, negara turut melaporkan pertambahan sebanyak 265 kematian baharu menjadikan angka kumulatif sebanyak 14,818 kes.

Manakala jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 20,798 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,337,134 kes.

Ketika ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 1,003 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 490 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Sebanyak  265 kes kematian dicatatkan akibat jangkitan COVID-19 pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), angka tersebut menjadikan jumlah kematian kumulatif yang dicatatkan akibat pandemik tersebut di negara ini ketika ini adalah 14,818 kes.

Kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini juga kembali meningkat selepas mencatatkan penurunan sebelumnya.

Angka rasmi yang dikeluarkan KKM hari ini mencecah 22,642 kes di seluruh negara.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dicatatkan negara sehingga kini melebihi satu juta enam ratus kes.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan jumlah jangkitan baharu dengan 6,325 kes.

Ia diikuti Sabah dengan 3,224 kes disusuli Kedah yang mencatatkan 2,279 kes.

Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan merupakan negeri selain Kuala Lumpur yang mencatatkan lonjakan ketara jumlah jangkitan dengan masing-masing melebihi 1,000 kes.

Manakala kes jangkitan baharu membabitkan beberapa negeri termasuk Terengganu, Pahang dan Perlis turut membimbangkan.

Laporan KKM hari ini menunjukan sebanyak 744 kes baharu dicatatkan di Terengganu manakala 522 kes di rekodkan di Pahang manakala Perlis pula sebanyak 44 kes.

Manakala jumlah kes aktif yang diumumkan KKM pada Rabu pula mencecah sehingga 264,29.