KUALA LUMPUR: Masyarakat hanya sedar atau mengambil langkah berjaga-jaga mencegah COVID 19 apabila ada ahli keluarga rapat meninggal dunia akibat virus ini.
Pakar perubatan kesihatan awam Dr Farhan Rusli mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Sebaliknya, kata beliau, individu itu perlu mengambil langkah kuarantin kendiri.
"Kita bukan nak takutkan orang. Mesej yang kita hendak sampaikan ialah, kita berada di kawasan di mana kita boleh membuat sesuatu, sebab kita sudah faham bagaimana virus ini merebak.
"Jadi, kalau kita boleh ambil kawalan kendiri, kita praktikkan 3C/3W, kita pastikan kalau kita ada COVID-19 kita jangan keluar, kita kuarantin diri kita.
"Kalau kita melaksanakan semua benda ini, kita tidak akan balik kepada 'zaman gelap' kita dua tahun lepas," katanya ketika dihubungi Buletin AWANI pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai, virus COVID-19 masih berlegar, namun banyak risiko telah dapat dikurangkan dengan vaksin yang diambil sebelum ini.
Dr Farhan turut memberitahu, simptom COVID-19 dialami seseorang individu yang dijangkiti adalah berbeza kerana perbezaan daya ketahanan badan.
"Sebab itu, ada yang sakit kepala, migrain, ada yang cirit birit dan sebagainya. Juga, pada waktu ini sebenarnya, kes influenza akan naik secara mendadak.
"Dan, tak hairan jika seseorang itu terkena influenza dan juga COVID. Ia ada double infection, sebab cara ia merebak adalah sama.
"Sebab itu saya katakan, kalau kita ada simptom apa-apa sekali pun, kita harus buat ujian untuk pastikan apakah virus yang ada dalam badan kita ini.
"Supaya kita ingat, kalau ia COVID-19, terutama golongan berisiko tinggi yang ada kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung, kalau kita dapat kesan awal, kita ada ubat, supaya ia tidak jadi lebih teruk," katanya.
Faida Rahim
Sat Dec 23 2023
Dr Farhan mengingatkan orang ramai bahawa virus COVID-19 masih berlegar di udara namun banyak risiko telah dapat dikurangkan dengan vaksin yang diambil sebelum ini. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".