KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dapat mengembalikan keyakinan pelabur untuk mengekalkan pelaburan berimpak tinggi mereka di Malaysia, menurut Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata susulan itu kadar pelaburan asing dan domestik dalam negara turut dapat ditingkatkan, seterusnya menjana hasil positif untuk ekonomi negara.
"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diharapkan dapat mengembalikan keyakinan para pengguna dan mula berbelanja untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pasaran dalam negara," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Beliau berkata majikan dan orang awam perlu memainkan peranan penting dalam memastikan program imunisasi yang akan dilaksanakan kelak berjalan lancar.
"MEF berharap penduduk di Malaysia termasuk warganegara, warga asing yang berdaftar dan tidak berdaftar serta penduduk suaka politik dapat menerima manfaat melalui program imunisasi ini," katanya.
Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Feb, 2021 sejurus selepas penghantaran pertama vaksin yang dijadualkan tiba pada 21 Feb.
Program imunisasi ini akan dijalankan menerusi tiga fasa dengan fasa pertama bermula pada 26 Feb hingga April 2021; fasa kedua mulai April hingga Ogos 2021 manakala fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022.
Selain itu, Shamsuddin berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac tahun lepas, keadaan perniagaan amat terjejas dan dengan lebih 32,000 perniagaan ditutup serta lebih 100,000 pekerja hilang punca pendapatan.
Justeru, beliau berharap Majlis Pekerjaan Negara akan dapat menetapkan dasar proaktif yang boleh membantu majikan sektor swasta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021
Shamsuddin berkata majikan dan orang awam perlu memainkan peranan penting dalam memastikan program imunisasi yang akan dilaksanakan kelak berjalan lancar. - Gambar fail
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah- MEF
MEF melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah.
Majikan perlu terap teknologi baharu untuk tingkat produktiviti - MEF
Produktiviti tinggi akan menjana lebih pendapatan kepada syarikat yang seharusnya dikongsikan seadilnya dengan para pekerjanya.
Negara mampu capai jumlah pekerjaan baharu hingga 500,000 tahun ini - MEF
"Kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus amat membimbangkan," ujar Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan.
MEF minta industri seni dibenar beroperasi ketika PKP
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memohon kerajaan membenarkan industri seni dan kreatif beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
COVID-19: Program imunisasi kebangsaan dapat kembalikan keyakinan pelabur - MEF
Susulan itu, kadar pelaburan asing dan domestik dalam negara turut dapat ditingkatkan, seterusnya menjana hasil positif untuk ekonomi negara.
Belanjawan 2021 sedia peluang kedua kepada penganggur
Sejumlah RM1 bilion akan diperuntukkan melalui pelbagai agensi kerajaan bertujuan meningkatkan program kemahiran dan latihan semula pekerja.
PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.
MEF cadang kerajaan naikkan subsidi upah
MEF mencadangkan kerajaan meningkatkan bantuan subsidi upah kepada majikan yang ketika ini ditetapkan pada kadar 11 peratus.
Berani buat berani tanggung, bayar kompaun atau hilang kerja?
Pekerja swasta yang terlibat dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.