KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Pahang selama 14 hari.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi semua lokaliti yang dilaksanakan PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Rodzi memaklumkan, Ladang Felda Kechai 9 di Mukim Kechau dan Taman Teratai di Mukim Budu dalam Daerah Lipis akan dikenakan PKPD bermula 2 hingga 15 Oktober depan.

"Manakala PKPD di Kampung Bukit Serdang di Bera pula akan dilaksanakan bermula 1 hingga 14 Oktober depan," katanya dalam kenyataan harian pada Khamis.

Rodzi juga memaklumkan empat lokaliti di Pahang yang ditamatkan PKPD bermula 1 Oktober ini seperti yang dijadualkan.

"Ia membabitkan tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh iaiti Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong," katanya lagi.

Satu lagi lokaliti di Pahang yang ditamatkan PKPD ialah Penjara Penor di Kuantan.