KOTA KINABALU: Jangkitan sporadik dan ketidakpatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) merupakan antara punca Sabah mencatat 5,565 kes harian COVID-19 pada Jumaat, angka tertinggi pernah dicatat negeri itu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ini dapat dilihat apabila 62.43 peratus atau 3,474 kes daripada jumlah kes harian itu berpunca daripada kes jangkitan sporadik yang berlaku dalam komuniti.
"Jangkitan dalam komuniti sporadik lazimnya tidak diketahui punca jangkitan atau di mana jangkitan itu berlaku dikategorikan sebagai kes bergejala.
"Kes jangkitan sporadik yang tinggi adalah petanda jelas bahawa virus ini sudah menyebar ke seluruh komuniti dan bukan lagi tertumpu di lokaliti-lokaliti tertentu," katanya yang juga jurucakap COVID-19 Sabah menerusi kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata ketidakpatuhan SOP dalam kalangan orang ramai dapat dilihat apabila 30.85 peratus atau 1,717 kes daripada kes harian hari ini dikesan melalui saringan kontak rapat.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah terus merekodkan kluster institusi pendidikan hari ini iaitu Kluster Kampung Lampada di Kota Marudu melibatkan 25 kes kumulatif dan Kluster Bukit Langsat di Keningau juga mencatat 25 kes kumulatif.
Beliau berkata kes indeks Kluster Kampung Lampada merupakan seorang pembantu pengurusan murid di asrama Sekolah Kebangsaan Lampada berumur 36 tahun dikesan positif 15 Feb lepas dan semua pesakit telah diasingkan serta diberikan rawatan.
Katanya Kluster Bukit Langsat pula adalah melibatkan kes indeks seorang pelajar perempuan 21 tahun di dalam Asrama Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Keningau dikesan positif pada 10 Feb lepas.
Masidi berkata hari ini semua 27 daerah di Sabah berubah kepada zon merah dengan daerah terakhir Kalabakan bertukar ke zon itu hari ini dengan mencatat 14 kes.
Katanya daripada jumlah kes harian hari ini, Kota Kinabalu merekodkan 1,395 kes, manakala 12 daerah mencatat kes tiga angka iaitu Penampang (606), Tawau (430), Lahad Datu (398), Papar (337), Tuaran (320), Sandakan (289), Kota Belud (216), Keningau (215), Putatan (188), Kota Marudu (164), Beaufort (158) dan Ranau (104).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Masidi berkata 62.43 peratus atau 3,474 kes daripada jumlah kes harian itu berpunca daripada kes jangkitan sporadik yang berlaku dalam komuniti. - Bernama
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.