KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian keperluan bekas pesakit COVID-19 untuk menerima suntikan vaksin, terutamanya bagi pesakit yang mendapat jangkitan pada tahap satu hingga tiga.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya ia melibatkan jangkitan tak bergejala atau gejala ringan, pertahanan antibodi yang terjana mungkin tak memadai dan harus dapatkan dua suntikan vaksin.
"Tetapi jika jangkitan pada tahap 4 atau 5 antibodi terjana lebih kekal dan tinggi, bagaimanapun kita akan buat penilaian hal berkaitan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Malaysia bakal mencatat sejarah dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula esok.
Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech esok selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menandakan bermulanya program imunisasi di negara ini.
Dr Noor Hisham berkata pelancaran program itu menandakan titik permulaan penamatan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara, iaitu pelindungan dalaman menerusi vaksin, selain pelindungan luaran menerusi kepatuhan kepada segala tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam serta kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dalam meluarkan kesyukuran beliau berkata suntikan vaksin merupakan ikhtiar dan usaha yang dilakukan kerajaan di samping berserah kepada Allah SWT.
"Alhamdulilah... kita sebagai petugas kesihatan hanya boleh ikhtiar dan berusaha dengan sebaik mungkin sebelum bertawakal kepada Allah SWT," katanya.
Vaksin Pfizer perlu disuntik dua kali dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Dr Noor berkata sekiranya ia melibatkan jangkitan tak bergejala atau gejala ringan, pertahanan antibodi yang terjana mungkin tak memadai dan harus dapatkan dua suntikan vaksin. - Bernama

Gempa bumi 8.1 pada skala Richter landa New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi berkekuatan 8.1 pada skala Richter melanda pesisir pantai New Zealand pada Jumaat, memaksa ribuan penduduk berpindah.

40 khemah peniaga, 16 rumah di Kepala Batas rosak akibat ribut
Melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.

Dua maut kemalangan babitkan dua kenderaan di Seremban
Dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen

Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO, beri implikasi besar terhadap kerjasama politik
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu.

Hubungan Bersatu-UMNO: Ada keputusan, Setiausaha Agung akan umum - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.

Muhyiddin tiba mesyuarat AMT, bincang hubungan Bersatu dan UMNO
Muhyiddin tiba kira-kira jam 4.32 petang diiringi beberapa pemimpin tertinggi Bersatu.

MKT UMNO sahkan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15
Ahmad Maslan sahkan Tan Sri Muhyiddin mahu ketahui pendirian UMNO dengan jelas mengenai kerjasama dengan Bersatu.

Cahaya di hujung terowong: Setahun setelah PN mengambil alih
Pemerhati juga akur darurat telah berjaya menjinakkan politik yang berlebihan (politicking) yang telah menghasilkan beberapa pencapaian baik dalam angka ekonomi untuk tahun 2021 setakat ini.

UMNO dijangka tangguh pemilihan parti
Penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan berhadapan pilihan raya umum yang dijangka selepas tamat darurat pada 1 Ogos nanti.

Keputusan UMNO putuskan kerjasama dengan Bersatu bakal saksikan jajaran politik baharu
Keputusan UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu untuk Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan menyaksikan penjajaran politik baharu.

80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.

Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.

Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini
Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan biro politik mengambil maklum keputusan MT UMNO bahawa tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.