awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Lebih 60 peratus kes Sabah hasil saringan kontak rapat

Bernama
Bernama
29/08/2021
21:30 MYT
COVID: Lebih 60 peratus kes Sabah hasil saringan kontak rapat
MASIDI: Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan dilakukan kerajaan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sebanyak 62.3 peratus atau 1,605 daripada 2,578 kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini dikesan hasil saringan kontak rapat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata peratusan tersebut menyaksikan ketidakpatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah tinggi.
Beliau berkata tiga daerah yang mencatat kes tertinggi hasil saringan kontak rapat hari ini ialah Tuaran dengan 392 kes daripada 469 kes positif, Kota Kinabalu dengan 310 kes daripada 586 kes dan Tawau dengan 100 kes daripada 206 kes.
"Seluruh daerah di negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,605 kes dikesan daripada saringan kontak rapat.
"Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Masidi berkata sebanyak 28.8 peratus atau 742 kes daripada kes positif COVID-19 pula dikesan melalui saringan bergejala, saringan kluster (1.1 peratus/30 kes), saringan bersasar (0.85 peratus/22 kes) dan selebihnya melalui saringan lain.
Beliau berkata sebanyak 620 kes yang dikesan hari ini ialah dalam kategori satu, kategori dua (1,887), kategori tiga (13), kategori empat (7), kategori lima (25) dan selebihnya masih dalam siasatan.
Katanya jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah kini 142,939 dan pesakit pulih ialah 1,722 menjadikan kumulatif pulih 109,311 orang manakala 5,003 masih mendapat rawatan.
Sejumlah 46 kes kematian direkodkan pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#Sabah
#COVID-19
#ketidakpatuhan sop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan