awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11,994 kes baharu, R-Naught kini 0.83

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2022
02:50 MYT
COVID-19: 11,994 kes baharu, R-Naught kini 0.83
Semalam empat kluster baharu direkodkan, dengan 151 kluster masih aktif. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 11,994 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,292,585.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 11,904 kes (99.25%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 90 kes (0.75%) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
"Daripada 90 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 April 2022, 24 kes (26.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 30 kes (33.33%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 36 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak, 53 kes (58.89%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 58 kes (64.44%) mempunyai komorbid dan satu kes (1.11%) ibu mengandung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 197 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 16,603 kes.
Semalam,empat kluster baharu direkodkan, dengan 151 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.83, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.96.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#R-Naught
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan