awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,268 kes baharu, dua lagi kematian

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/03/2021
09:57 MYT
COVID-19: 1,268 kes baharu, dua lagi kematian
Negeri Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 409 kes, diikuti oleh Sarawak dengan 141 dan Johor sebanyak 135 kes. - Gambar hiasan AP NEWSROOM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,268 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 336,808.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,263 merupakan jangkitan tempatan manakala lima lagi kes import.
"Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 409 kes jangkitan. Daripada jumlah ini, sebanyak 412 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Sarawak dengan 141 dan Johor sebanyak 135 kes," kata Noor Hisham dalam kenyataan media harian.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,083 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 320,925.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,637.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan dua kematian baharu membabitkan kes warganegara di Selangor.
Selain itu, empat kluster baharu dikenal pasti hari ini di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak dengan dua daripadanya kluster tempat kerja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#kes positif
#Selangor
#Johor
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan