awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 130 kes baharu, jumlah terkini 1,030 kes - KP Kesihatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/03/2020
09:57 MYT
COVID-19: 130 kes baharu, jumlah terkini 1,030 kes - KP Kesihatan
Noor Hisham memberitahu, sebanyak 26 individu dilaporkan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sebanyak 130 kes baharu COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat dengan 48 daripadanya dikaitkan dengan kluster jemaah tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 1,030 kes di Malaysia.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 26 individu dilaporkan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
"Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, 12 pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dari wad menjadi 87 kes," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Terdahulu dalam hantaran Facebooknya, Noor Hisham memaklumkan 15 pegawai kesihatan termasuk tiga daripada mereka yang bekerja di sektor swasta disahkan positif jangkitan COVID-19.
Katanya, salah seorang daripada mereka iaitu kakitangan KKM berada dalam kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa 18 Mac lalu, Noor Hisham meminta orang ramai supaya kekal aktif dan melakukan senaman meskipun berada di rumah.
Antara aktiviti senaman yang disaran beliau termasuk melakukan senaman berbentuk kardio seperti treadmill, aktiviti fizikal yang menggunakan otot tanpa memerlukan peralatan khusus, yoga atau tai chi.
"Rakyat Malaysia juga boleh kekal aktif dengan melakukan pelbagai bentuk tarian dan mengambil peluang untuk melakukan spring cleaning di dalam rumah.
"Kajian menunjukkan bahawa senaman dan aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mental dengan meningkatkan mood dan melegakan kebimbangan dan keresahan," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan