awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,300 penuntut kejururawatan di Perancis berhenti akibat keletihan melampau

Bernama
Bernama
29/10/2021
08:09 MYT
COVID-19: 1,300 penuntut kejururawatan di Perancis berhenti akibat keletihan melampau
Kebanyakan penuntut itu memulakan latihan amali mereka ketika gelombang pertama pandemik COVID-19 melanda, dan kini mereka amat keletihan. - Gambar hiasan
PARIS: Kira-kira 1,300 penuntut kejururawatan di Perancis mengambil keputusan untuk berhenti akibat keletihan melampau, di tengah-tengah pandemik COVID-19, menyebabkan berlaku kekurangan staf di hospital, kata Menteri Kesihatan Olivier Veran pada Khamis.
Laporan Majlis Saintifik Perancis yang dikeluarkan awal Oktober mendedahkan bahawa 20 peratus atau satu daripada lima katil di hospital awam tidak dapat digunakan akibat kekurangan kakitangan.
Beliau berkata sekitar 1,300 pelajar kejururawatan itu berhenti antara 2018 sehingga sekarang, lapor agensi Anadolu.
Antara punca kepada masalah berkenaan, katanya kebanyakan penuntut itu memulakan latihan amali mereka ketika gelombang pertama pandemik COVID-19 melanda.
Tambahnya, mereka keletihan kerana ramai terpaksa membatalkan cuti dan tidak mempunyai cukup masa untuk berehat.
Menurut laporan majlis saintifik itu, hospital di Perancis mengalami kekosongan dalam lima profesion: jururawat, anestesiologi, juruteknik radiologi dan ahli fisioterapi.
Veran berkata krisis itu bukan hanya berlaku di Perancis malah banyak negara lain di seluruh Eropah juga berdepan isu yang sama kesan daripada gelombang pandemik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jururawat
#Perancis
#pandemik
#kakitangan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan