KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,025 orang, daripada 2.9 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan daripada 14 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 65,952 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 57,895 individu atau 87.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,205 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,729 kes dirawat di hospital dan 123 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 56 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 67 lagi memerlukan mesin ventilator.